Monday, December 27, 2021

Perbahasan Pindaan Akta Perihal Dagangan 2011

 Video Link: https://fb.watch/a8NJGPVX-x/

Ucapan Perbahasan Pindaan Akta Perihal Dagangan 2011 oleh YB Wong Hon Wai, Ahli Parlimen Bukit Bendera pada 28-10-2021
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bangun untuk menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan Akta Perihal Dagangan 2011 dan kalau kita meninjau sejarah perundangan, Akta Perihal Dagangan telah diluluskan pada tahun 1972. Kemudian, digantikan pada tahun 2011 dan pindaan terkini tahun 2019 untuk memasukkan provision selari dengan Akta Cap Dagangan 2019.
Kita membaca inti sari preamble tentang Akta Perihal Dagangan, sebenarnya ia ingin mengadakan kawal selia terhadap pengilang dan juga peruncit atau retailer dan juga industri perkhidmatan untuk melindungi, mengawal selia mereka, untuk melindungi kepentingan pengguna.
Seksyen 6 dan 7 dalam akta ini telah menjelaskan 14 subseksyen dari (a) sampai (n) butiran-butiran berkenaan dengan perihal dagangan supaya memberikan satu certainty in law, kepastian dalam undang-undang untuk membolehkan pengilang dan juga peruncit untuk mengikuti perundangan ini dengan jelas supaya kepentingan– mereka boleh menjalankan perniagaan mereka ataupun pemprosesan pengilangan mereka dan juga pada masa yang sama melindungi pengguna.
Fasal 2 dalam pindaan ini menyatakan tambahan perkataan petunjuk ataupun ungkapan perkataan yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau barang-barangan dan perkataan yang digunakan adalah mungkin yang which is likely, dengan ini dia membenarkan satu budi bicara kepada Yang Berhormat Menteri.
Dia bukan strict liability tetapi balance of probability. Membuka satu budi bicara. Saya ingin mendapat kepastian dari Yang Berhormat Menteri kerana kalau dalam fasal 2 huraian dengan jelas menyatakan bahawa tujuan fasal ini antara lainnya ialah berkenaan dengan perkataan, “Tiada minyak kelapa sawit” atau “Palm oil free” dan kementerian berhasrat membuat satu subsidiarily legislation supaya pengilang-pengilang tidak menggunakan “Tiada minyak kelapa sawit”. Saya sokong. Saya sokong perkara ini kerana minyak kelapa sawit atau industri kelapa sawit industri yang penting untuk negara.
Akan tetapi, saya menanyakan kerana budi bicara yang besar kepada Yang Berhormat Menteri, melalui pindaan ini bukan sahaja minyak kelapa sawit. Kalau saya menanyakan kalau pengilang menggunakan perkataan seperti “Tiada gula” atau “Sugar free” sebenarnya kalau tiada gula atau sugar free bagaimana pindaan ini, apa kesan terhadap pindaan ini? Saya ingin dapatkan satu kepastian daripada Yang Berhormat Menteri.
Fasal 4 dalam pindaan ini juga meminda pada masa dahulu pegawai ataupun penolong penguasa atau penolong pegawai, kalau mereka perlu membeli sampel untuk tindakan penguatkuasaan tetapi kali ini kuasa untuk mengambil sampel dan saya ingin mendapatkan kepastian apakah procedural safeguard untuk memastikan kuat kuasa ini tidak disalah guna.
Fasal 9 dalam perundangan ini saya membaca berkenaan dengan Peraturan- peraturan Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan Penandaan Halal) (Pindaan) 2018.
Sebenarnya, fasal 9 bertindak secara retrospektif meluluskan satu fi yang sudah dikutip sejak tahun 2018 yang sepatutnya luluskan undang-undang dahulu baru kenakan fi tetapi ini acting retrospectively. Saya ingin mendapatkan penjelasan, kenapa kekeliruan ini timbul dan perlu datang ke Parlimen tiga tahun kemudian untuk Parlimen untuk meluluskan satu fasal untuk bertindak secara retrospektif terhadap pengutipan fi? Dan berapakah fi yang terlibat sejak tahun 2018 sampai sekarang?
Perkara-perkara lain yang secara dasarnya saya ingin membangkitkan ialah berkenaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Isu-isu tentang perihal dagangan seperti kartel daging haram yang telah dilaporkan baru-baru ini yang telah diseludup daging sejuk beku masuk ke Malaysia dan dijual dengan logo daging lembu halal dan sebagainya, ini memang jelas melanggari Akta Perihal Dagangan yang kita bahas sekarang ini. So, apakah tindakan yang lebih tegas daripada kementerian berkenaan dengan kartel daging haram ini?
Begitu juga saya menerima aduan daripada Persatuan Ahli Farmasi, Pharmacists Society bahawa pelbagai medical device, pelbagai peralatan medical antara lainnya mungkin oximeter, ubat-ubat dan sebagainya dijual di online platform seperti Shopee dan sebagainya.
Saya baru membaca Instagram Medical Device Authority (MDA) bahawa kit ujian COVID-19 hanya boleh dijual di farmasi dan klinik kesihatan berlesen sahaja. Malaysian Medical Device Authority (MDA), sebuah autoriti untuk kawal ubat-ubat dan juga peralatan device menyatakan bahawa device boleh dijual di farmasi dan klinik kesihatan. Tetapi secara meluas online platform yang tidak ada lesen farmasi boleh melakukan urus niaga secara online. Pengguna menempah― dan kadangkala barangan yang dijual tidak memenuhi spesifikasi MDA dan mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan.
Apakah tindakan ataupun strategi daripada pihak kementerian untuk menangani kes-kes perihal dagangan yang saya sebut tadi, daging haram, daripada medical device dan seumpamanya itu? Saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan apa yang saya sebut tadi.
Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

No comments: